BAYER OBERON KD (500ML)
Brand BAYER
Availability In Stock
Quantity
Description

OBERON KD ialah racun hama yang mempunyai 2 perawis aktif , iaitu ‘spiromesifen’ daripada kumpulan asid tetronic dan ‘abamectin’ daripada kumpulan avermectin yang bertindak secara bukan sistemik .

Ia berkesan mengawal lalat putih dan hama pada tanaman berikut :-

- Terung - Cili - Kekwa - Tomato

Jangan kutip hasil tanaman terung , cili , kekwa dan tomato sekurang-kurangnya 3 hari selepas semburan terakhir .

Panduan Membancuh:- Disyorkan menggunakan alat penyembur galas jenis bernozel ‘ hollow cone’ size 5/64’’ .

Isikan tangki setengah penuh dengan air bersih .

Campurkan OBERON KD secukupnya mengikut syor yang ditetapkan .

Seterusnya tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau .

Jangan guna pada kadar lebih tinggi dari yang disyorkan .

Jangan simpan baki bancuhan OBERON KD di dalam tangki alat penyembur .

Panduan Menyembur :- Lakukan semburan apabila serangan mencapai tahap ambang tindakan (ATL) . Untuk kawalan yang baik , sembur secara menyeluruh ke atas daun dan buah .

Ulangi semburan selang 7 hari sekali apabila perlu sahaja .

Jangan guna melebihi dari 4 kali semburan semusim bagi tanaman terung, cili , dan kekwa dan 6 kali semburan semusim bagi tanaman tomato .

Jika rawatan perlu diulangi , gunakan OBERON KD berselang-seli dengan racun serangga daripada kumpulan berlainan yang mempunyai cara tindakan yang berbeza .

Berhati-hati apabila membuat semburan pada kekwa kerana terdapat beberapa spesies kekwa yang sensitive .

Sila uji dalam plot kecil terlebih dahulu sebelum membuat semburan pada skala yang lebih luas .

 

Oberon KD 是含有两种活性成分的非渗透性杀螨剂,其有效成分是来自ASID TETRONIC 类的‘SPIROMESIFEN’ 及来自 AVERMECTIN 类的 ‘ABAMECTIN’ 。

Oberon KD 有效控制一下作物的白蝇及螨虫 :- - 茄子 - 辣椒 - 菊花 - 番茄 最后一次施喷此农药后,至少在3天内不可收采以上的农作物 。

混合指示 : 推荐使用手摇背式喷射器。将喷射器装入半桶清水后,即加入推荐用剂量的 OBERON KD 搅拌。然后填满清水,在搅拌均匀。

勿施用高过推荐的施用量。勿将OBERON KD 溶剂存留在泵内。

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
What's in the box

1 X BAYER OBERON KD (500ML)